4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan

4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan
link : 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan

Baca juga


4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan

Harga hartanah bagi perumahan sering dilhat sebagai salah satu aspek yang memungkinkan kita untuk membeli aset tersebut. Jika dilihat dari segi tempat, harganya akan berbeza-beza, bergantung pada seberapa strategic kawasan tersebut.

Pihak bank juga akan meluluskan pembiayaan perumahan berdasarkan nilai pasaran sesebuah rumah atau harga jual, yang mana-mana lebih rendah.

Jadi, sekiranya kita tidak mengetahui akan harga sebenar rumah tersebut, mengikut harga pasaran, ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kita untung, atau mengalami kerugian.

Menerusi perkongsian dari Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui akan harga pasaran sesebuah rumah itu.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

NAK BELI RUMAH, PASTIKAN TAHU NILAI PASARANNYA, BUKAN SEKADAR HARGA JUALNYA. KALAU SERIUS NAK TAHU, BACA SAMPAI HABIS.

Rumah RM100,000 mungkin nampak murah tapi jika nilai pasarannya ialah RM60,000, ia sebenarnya mahal iaitu RM40,000 melebihi nilai pasaran.

Rumah RM500,000 mungkin nampak mahal tapi jika nilai pasarannya ialah RM800,000, ia sebenarnya murah iaitu RM300,000 bawah nilai pasaran.

PENTING KE SEMAK NILAI PASARAN?

Andaikan pembiayaan perumahan diluluskan pada margin 90%, ia dikira berdasarkan nilai pasaran atau harga jual, mana-mana yang lebih rendah.

Dalam kes pertama di atas, amaun pembiayaan yang akan diberi ialah 90% x RM60,000 = RM54,000, bukannya 90% x 100,000 = RM90,000. Maka pembeli terpaksa topup tunai RM46,000, bukannya hanya RM10,000. Rujuk artikel semalam

APA ITU NILAI PASARAN?

Nilai pasaran secara ringkasnya adalah nilai yang dicadangkan oleh Jurunilai bertauliah berdasarkan beberapa aspek tertentu termasuklah rekod transaksi jual-beli di sesuatu kawasan.

Sebelum anda membeli rumah sama ada subsale atau lelong, menganggar nilai pasaran adalah sangat penting kerana bank hanya memberi pembiayaan mengikut nilai pasaran atau harga beli / bida, mana-mana yang terendah.

Jika anda membeli / membida melebihi nilai pasaran, anda terpaksa membayar deposit tunai lebih daripada 10%. Nak kumpul 10% pun semput kan, apatah lagi nak kena topup deposit leboh 10%.

Sebelum membeli unit dalam pembinaan (underconstruction) juga, anda seharusnya mengambil tahu nilai pasaran hartanah di kawasan berhampiran supaya dapatlah anda anggarkan nilai unit anda apabila siap kelak. Jika anda beli unit yang overprice, rugilah.

BAGAIMANA SEMAK NILAI PASARAN?

1. NILAIAN RASMI

1.1 LANTIK JURUNILAI BERTAULIAH

Jika anda banyak duit, anda boleh sahaja melantik jurunilai bertauliah untuk mendapatkan laporan nilai pasaran secara rasmi sebelum membeli hartanah. Namun kebiasaannya, langkah ini dibuat selepas S&P ditandatangani.

2. ANGGARAN NILAIAN SECARA LISAN

Sebelum membaca tips berikutnya, anda harus tahu info hartanah yang perlu disediakan sebelum bertanya orang arif di bawah.

■ Alamat rumah ✔
■ Keluasan ✔
■ Renovasi yang diluluskan ✔
■ Aksesori tambahan ✔
■ Harga Jual / Beli yang diletakkan ✔

2.1 JURUNILAI BERTAULIAH

Jika anda mempunyai rangkaian persahabatan dengan jurunilai bertauliah, anda sangat bertuah. Minta bantuan mereka untuk dapatkan anggaran nilaian secara lisan. Biasanya ia dinilai berdasarkan transaksi terkini di kawasan berhampiran. Ia bukanlah nilaian rasmi kerana tiada lawatan tapak dilakukan. Namun ia boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan sama ada masuk membida / membeli.

2.2 PEGAWAI BANK PEMBIAYAAN HARTANAH

"Walk-In" ke bank-bank berhampiran anda. Sekiranya anda berhasrat memohon pembiayaan dengan Bank A, maka pergilah ke Bank A.

Pergi ke bahagian pembiayaan hartanah dan jumpa pegawai bank di sana. Beritahu pegawai tersebut yang anda nak beli rumah sekian sekian. Beri maklumat hartanah kepada pegawai bank tersebut dan dia akan tanyakan panel jurunilai mereka.

Sama sahaja dengan langkah di atas, cuma kali ini anda melalui pegawai bank.

2.3 AGEN HARTANAH

Ya sama juga seperti langkah di atas iaitu berjumpa pegawai bank. Bagi info hartanah dan agen yang baik hati akan bantu anda dengan bertanya kepada rakan jurunilai mereka. Tetapi janganlah salahgunakan mereka ya.

3. ANGGARAN NILAIAN LAMAN SESAWANG

Jika anda segan sangat nak jumpa mereka, anda boleh cuba menganggar sendiri nilai pasaran sesuatu hartanah, namun atas risiko sendiri. Kalau tak pandai, jangan percaya dengan diri sendiri.

3.1 Brickz

Laman sesawang ini memaparkan transaksi terkini jualbeli sesuatu hartanah. Melalui transaksi ini, bolehlah anda anggar berapa tinggi nilai sesuatu hartanah berdasarkan harga perkaki persegi. Lama dah tak guna brickz ni

3.2 Mudah

Mudah atau laman-laman sesawang lain yang mengiklankan jual beli rumah juga boleh dijadikan panduan.

Rujuk iklan berapa harga yang mereka letakkan. Jika majoritinya meletakkan harga yang lebih kurang sama, biasanya nilai pasaran adalah lebih kurang begitu juga.

Namun harus diingat bahawa tidak semua iklan tersebut meletakkan harga yang betul. Antara taktik beriklan ialah meletakkan harga setinggi yang boleh untuk "test market" sebelum menurunkannya sedikit demi sedikit melalui negosiasi.

4. KEJIRANAN

Anda boleh juga berjalan-jalan melawat kawasan yang dihajati dan berboraklah dengan jiran-jiran di sana. Tanya mereka berapakah harga rumah yang dijual di kawasan tersebut dan bila kali terakhir jualbeli rumah berlaku di sana.

Ok ringkas je kan. Ingat, hanya nilaian rasmi sahaja yang bank terima dalam transaksi jual beli. Nilaian tidak rasmi hanyalah panduan sebelum anda mula membeli. 

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan

Sekianlah artikel 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/4-cara-semak-nilai-pasaran-sesebuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :