300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017

300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017
link : 300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017

Baca juga


300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017

KUANTAN – Kira-kira 300 peserta telah menyertai Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan peringkat daerah Kuantan, bermula di Kompleks Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Larian sejauh 3.7  kilometer sehingga ke pekarangan Stadium Darul Makmur di sini telah disertai oleh ahli sukan, atlet paralimpik, pelajar sekolah dan tidak ketinggalan pengamal media di negeri ini termasuk tiga peserta daripada Bernama.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada Majlis Perasmian Obor  menerima obor yang dibawa peserta dan beliau kemudiannya menyerahkannya kepada Pegawai Daerah Pekan, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin untuk larian itu diteruskan di Pekan esok.

Adnan, dalam ucapannya, berkata penganjuran larian tersebut amat baik kerana dapat memeriahkan  penganjuran sukan itu selain dapat memperkenalkan lagi negara ini dalam kalangan negara peserta.

“Ia dapat membangkitkan semangat masyarakat dalam meraikan dua kejohanan berkenaan dan dalam masa yang sama kita tidak mahu sekadar menganjurkan sambutan sukan yang hebat, tetapi juga mahu meraih banyak pingat dan mampu menjadi juara dalam sukan yang dipertandingkan,” katanya.

Hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Johari Hussain.

Negeri Pahang merupakan negeri ke-12 yang dilalui dalam acara Larian Obor KL2017 dan ia tiba di negeri ini pagi semalam daripada Terengganu.

Selepas Pekan, Larian Obor KL2017 akan diteruskan di Temerloh, Jerantut sebelum berakhir di Bentong pada 30 Julai depan.

Sementara itu, salah seorang peserta Bernama, Siti Salwa Shaari menyifatkan larian obor seperti itu menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap atlet Malaysia yang akan bertanding dalam temasya dwitahunan itu.

“Sebagai pengamal media, selain sokongan menerusi laporan berita, kita juga tidak ketinggalan menyertai acara larian obor ini untuk sama-sama menuipkan semangat juang kepada atlet yang bertanding selari dengam slogan ‘Bangkit Bersama’ yang dilaungkan untuk kejohanan ini,” katanya.

Sukan SEA Kuala Lumpur akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini manakala Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 Sept ini. -BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017

Sekianlah artikel 300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 300 Peserta Sertai Larian Obor Sukan Sea 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/300-peserta-sertai-larian-obor-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :