3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan

3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan
link : 3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan

Baca juga


3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang terlibat dengan kejadian samseng jalanan ditahan di Jalan Durian, Taman Pantai, Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu dilaporkan orang awam pada 4.45 petang selepas terlihat kedua-dua kereta dinaiki suspek saling mengejar dan melanggar sesama sendiri di kawasan berkenaan.

“Susulan laporan, polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati kereta Perodua Myvi dan Hyundai Elantra yang masing-masing dinaiki dua dan seorang lelaki, sedang melanggar sesama sendiri.

“Polis mengarahkan kedua-dua kenderaan berhenti dan menangkap ketiga-tiga suspek berusia antara 39 dan 60 tahun. Berikutan aksi agresif mereka, kesemua suspek cedera di kaki akibat terkena cermin dan papan pemuka kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saringan ujian air kencing turut mendapati kesemuannya positif dadah jenis methamphetamine.

Dua daripada mereka juga masing-masing mempunyai lima dan enam rekod lampau jenayah berkaitan dadah dan kes jenayah.

Semua suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan

Sekianlah artikel 3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/3-lelaki-terlibat-samseng-jalanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :