Judul : 3 Kanak-Kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang
link : 3 Kanak-Kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang
3 Kanak-Kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang
SHAH ALAM – Tiga kanak-kanak merupakan antara 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di beberapa rumah sewa di Sepang, dekat sini awal pagi ini.
Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor, James Lee berkata tangkapan itu melibatkan 12 warga Kemboja dan empat warga Indonesia berusia antara dua tahun dan 53 tahun.
Menurutnya, warga Kemboja terdiri daripada tujuh perempuan dan dua lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan, sementara warga Indonesia terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki.
“Dalam serbuan selama tiga jam yang bermula pada tengah malam itu, sebanyak 20 warga asing telah diperiksa, dan 16 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
“Tujuh yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sementara bakinya melakukan kesalahan tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan di sini. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 3 Kanak-Kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang
Anda sekarang membaca artikel 3 Kanak-Kanak Antara 16 PATI Ditahan Di Sepang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/3-kanak-kanak-antara-16-pati-ditahan-di_13.html