21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh

21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh
link : 21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh

Baca juga


21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh

KUANTAN – Jumlah rumah yang rosak akibat kejadian ribut di Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh petang semalam bertambah kepada 21 rumah selain sebuah sekolah dan sebuah rumah kedai turut terjejas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Zainal Yusof berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukan jumlah itu meningkat berbanding lima buah rumah dan sebuah sekolah yang dilaporkan rosak malam tadi.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada pemindahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara pula mengalami kerosakan pada sebahagian bumbung bangunan utama, stor dan perpustakaan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Jenderak Datuk Seri Mohamed Jaafar berkata, beliau telah melawat kawasan kediaman yang terjejas berkenaan malam tadi.

“Saya telah pergi meninjau kawasan yang terjejas sehingga 12 tengah malam tadi dan mengikut laporan awal hanya lima buah rumah sahaja yang terjejas.

“Sumbangan awal daripada saya selaku ADUN dan daripada pejabat Anggota Parlimen Kuala Krau juga telah disampaikan kepada lima keluarga terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan pertambahan kediaman yang rosak dan beliau telahpun mengarahkan pegawainya untuk mengumpulkan maklumat itu bagi membolehkan sumbangan disalurkan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh

Sekianlah artikel 21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 21 Rumah Rosak Akibat Dilanda Ribut Di Temerloh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/21-rumah-rosak-akibat-dilanda-ribut-di_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :