Judul : 2 Lelaki Kenada Amal Poligami Dengan 25 Isteri
link : 2 Lelaki Kenada Amal Poligami Dengan 25 Isteri
2 Lelaki Kenada Amal Poligami Dengan 25 Isteri
MONTREAL – Dua lelaki didapati bersalah atas tuduhan berpoligami, keputusan pertama membabitkan larangan amalan berkahwin lebih daripada satu di Kanada.
Difahamkan, seorang daripada lelaki itu mempunyai 25 isteri dan 146 orang anak.
Winston Blackmore dan James Marion Oler yang mempunyai lima isteri, berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun selepas didapati bersalah dalam kes pertama undang-undang poligami negara itu yang digubal 127 tahun lalu.
Tiga pendakwa raya khas dilantik sejak dua dekad lalu untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap mereka.
Bagaimanapun, tindakan tidak diambil kerana bimbang undang-undang larangan poligami melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama warga Kanada.
Bagaimanapun, kebimbangan itu berkurangan pada 2011 selepas Mahkamah Agung wilayah British Columbia membuat keputusan wujud sebab mengehadkan kebebasan agama berikutan bahaya amalan poligami.
Keadaan itu mewujudkan ruang untuk tuduhan dikenakan terhadap Balckmore dan Oler tiga tahun kemudian.
Hakim Mahkamah Agung British Columbia, Sheri Ann Donegan, dalam keputusannya menyebut, Blackmore tidak menafikan mengamalkan poligami.
“Kepatuhan beliau terhadap amalan ini adalah bersandarkan mazhab Kristian FLDS,” katanya.
Mazhab itu diamalkan hampir 60 tahun oleh penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan terpencil di British Columbia berhampiran sempadan Amerika Syarikat.
Masyarakat itu menjalankan aktiviti bertani dan berburu untuk menampung kehidupan harian, selain menjalankan perniagaan berasaskan sistem barter. – AFP
*Video di bawah sekadar hiasan…
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 2 Lelaki Kenada Amal Poligami Dengan 25 Isteri
Anda sekarang membaca artikel 2 Lelaki Kenada Amal Poligami Dengan 25 Isteri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/2-lelaki-kenada-amal-poligami-dengan-25.html