Judul : 11 Remaja Khayal Di Pesta Dadah Ditahan
link : 11 Remaja Khayal Di Pesta Dadah Ditahan
11 Remaja Khayal Di Pesta Dadah Ditahan
BESUT – Polis menahan 11 remaja berumur antara 17 hingga 22 tahun ketika sedang khayal akibat mengambil dadah dan berpesta di sebuah inap desa di Kampung Gong Kepas dekat Kampung Raja di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu , pasukan polis dari Bahagian Jenayah Narkotik Daerah (BJND) Besut telah menyerbu inap desa terbabit setelah mendapat laporan daripada orang awam.
Katanya, pasukan itu terpaksa mengumpil pintu inap desa berkenaan sebelum masuk dan menahan kesemua suspek yang dalam keadaan terpinga-pinga dan khayal serta bunyi muzik yang kuat.
“Hasil siasatan, pasukan BSJND menjumpai pelbagai jenis dadah dari jenis Erimin 5 sebanyak 30 biji dan Ecstasy lima biji serta ketulan kecil pil Yaba seberat 0.20 gram yang disorok di bahagian tandas inap desa berkenaan”, kata Mohd Zamri dalam satu sidang media di IPD Besut di sini hari ini.
Turut dirampas daripada remaja terbabit ialah alat pemotong besi, Siku T Tirus yang dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal dan parang.
Katanya, empat daripada mereka yang ditahan adalah pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sekitar Alor Lintang, di sini dan hasil ujian air kencing mendapati hanya seorang sahaja yang didapati negatif dadah manakala yang lainnya positif Methamphetamine
Turut dirampas daripada remaja berkenaan ialah alat pemain muzik dan sebiji lampu disko,
Menurut Mohd Zamri, siasatan awal mendapati kesemua remaja menyewa inap desa berkenaan dengan bayaran RM180 sehari.
“Dua daripada remaja berkenaan yang berumur 27 dan 22 tahun masing-masing mempunyai empat dan lima rekod lampau dadah telah menjadi dalang mengadakan pesta dadah berkenaan.
Kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiga pelajar sebuah kolej di Kampung Raja di sini didapati positif dadah daripada 45 pelajar yang menjalani ujian saringan awal pihak polis semalam.
Katanya, polis yang bertindak atas permintaan pihak kolej untuk mengadakan ujian air kencing terhadap pelajar mereka telah mengesan tiga pelajar yang kesemuanya berumur 18 tahun positif Methamphetamine.
Mohd Zamri berkata ekoran keputusan tersebut ketiga pelajar berkenaan telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 11 Remaja Khayal Di Pesta Dadah Ditahan
Anda sekarang membaca artikel 11 Remaja Khayal Di Pesta Dadah Ditahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/11-remaja-khayal-di-pesta-dadah-ditahan_19.html