102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita

102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita
link : 102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita

Baca juga


102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita

102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita

Sindiket cepat kaya dipercayai membeli barangan seperti iPhone dan jam tangan Tissot pada harga lebih murah di Hong Kong sebelum menyeludup ke China. (Gambar: news.cnr.cn)

Jika dulu kita pernah digemparkan dengan tindakan individu cuba menjual buah pinggang mereka bagi membeli telefon baru iPhone 6s, bagaimanapun lain pula satu kisah seorang wanita ini tidak kurang hebatnya.

Demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda, wanita ini sanggup menanggung beban sehingga 18 kilogram untuk menyeludup sebanyak 102 unit iPhone 7 Plus dari Hong Kong ke China, baru-baru ini.

Jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai lebih US$100,000 atau RM428,500. Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit juga ditahan bersama 15 jam tangan jenama Tissot.

Wanita terbabit menunjukkan cara iPhone 7 Plus dilekatkan di belakang badannya.

INGAT BIJAK TAPI 'KANTOI' JUA

Menurut laporan laman portal China iaitu CNR, wanita dipercayai berusia 30-an itu ditahan ketika melalui bahagian pemeriksaan kastam di Hong Kong.

Seorang daripada pegawai Kastam di sana memberitahu, kesemua iPhone terbabit diletakkan di tiga bahagian iaitu di bawah dada, di belakang badan serta di atas pinggul.

Taktik licik seorang wanita menyorok iPhone 7 Plus di atas pinggulnya akhirnya dikesan pihak imigresen Hong Kong.

"Bentuk tubuh wanita terbabit yang sedikit pelik menyebabkan dia ditahan bagi melakukan pemeriksaan lanjut. Jika dilihat bentuk badannya, bahagian badan kelihatan sedikit besar berbanding tangan dan kakinya yang kurus.

"Sebanyak 102 unit iPhone berserta 15 jam tangan jenama Tissot ditemui diikat pada 3 bahagian badannya dan jumlah berat keseluruhan mencecah 40 paun (18 Kilogram)," katanya.

Siapa sangka wanita berbaju hitam ini berani menyeludup 102 iPhone 7 Plus bersama 15 jam tangan Tissot.

Difahamkan rampasan telefon pintar itu adalah yang terbesar pada tahun ini. Percubaan untuk menyeludup iPhone dan barang mewah dari Hong Kong ke tanah besar China semakin menjadi pilihan sindiket 'cepat kaya' ketika ini kerana harga barangan di Hong Kong jauh lebih murah.

Di Malaysia tiada lagi kes pelik dilaporkan berlaku membabitkan model jenama Apple ini. Namun, populariti iPhone dilihat menjadikan sesetengah pengguna seperti hilang akal dan sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan peranti terbabit.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita

Sekianlah artikel 102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 102 iPhone 7 Plus, 15 Tissot Melekat Pada Badan Seorang Wanita dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/102-iphone-7-plus-15-tissot-melekat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :