Judul : Fun Run Seniman dapat sambutan
link : Fun Run Seniman dapat sambutan
Fun Run Seniman dapat sambutan
PRESIDEN Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, 37, terkejut menerima lebih 2,500 penyertaan orang ramai untuk menyertai Seniman Fun Run yang dijadualkan berlangsung esok (Ahad).
“Awalnya kami mengehadkan sebanyak 2,000 penyertaan sahaja. Tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkan sejak penyertaan atas talian dibuka baru baru ini.
“Kalau diikutkan, penyertaan boleh mencapai 5,000 orang tetapi tidak semua kategori boleh dimuatkan serentak,” katanya, hari ini.
Setakat ini, pihaknya masih menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai.
Zed berkata, selain sekitar Lembah Klang penyertaan turut diterima daripada utara dan selatan tanah air.
Katanya, sambutan menggalakkan lebih 100 artis baru dan lama menunjukkan aktiviti sukan adalah pilihan terbaik menarik golongan terbabit aktif menyemarakkan aktiviti persatuan.
Selain aktiviti larian amal, mereka juga mengadakan jualan produk tempatan, aktiviti senam robik seperti zumba dan cabutan bertuah menawarkan hadiah menarik iaitu motosikal.
Program Seniman Fun Run julung kali ini akan bermula 7 pagi di Dataran Karyawan, Finas, Ulu Klang.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
The post Fun Run Seniman dapat sambutan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fun Run Seniman dapat sambutan
Anda sekarang membaca artikel Fun Run Seniman dapat sambutan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/fun-run-seniman-dapat-sambutan.html