Judul : Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem
link : Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem
Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem
Aktres jelita Fazura yang kehilangan kucing kesayangannya sejak beberapa minggu lalu telah meminta bantuan orang ramai untuk mencari kucing berkenaan.
Menerusi aplikasi Insta Story, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini memuat naik posting menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui kucing tersebut.
“Masih hilang!, tolong cari kucing saya, kali terakhir kelihatan di Parkville Sunway Damansara RM1,000 ganjaran menanti anda),” tulisnya.
Kucing yang diberi nama Jem itu merupakan haiwan kesayangan keluarga mereka yang hilang di rumah keluarganya di Petaling Jaya.
Selain itu, Fazura meminta bantuan tersebut berikutan kawasan tempat tinggal keluarganya tidak boleh menampal sebarang poster untuk tujuan mencari kucing tersebut.
Pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubunginya menerusi mesej peribadi di Instagram.
“Kami sayang Jem dan sangat merinduinya,” tulisnya.
The post Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem
Anda sekarang membaca artikel Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/02/fazura-tawarkan-rm1000-minta-bantuan.html