Judul : Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil
link : Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil
Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil
BINTANG realiti Khloe Kardashian diselar oleh pengikutnya di Instagram gara-gara dia bersenam ketika hamil.
Khloe bagaimanapun menjelaskan senaman yang dilakukan adalah selamat malah ia mendapat kebenaran daripada doktornya.
“Kepada sesiapa yang tiba-tiba merasakan mereka adalah doktor, saya ingin beritahu anda senaman yang saya lakukan adalah selamat.
“Malah saya mendapat kebenaran daripada doktor selain mempunyai pelatih peribadi yang sangat komited dan tahu senaman yang sesuai untuk wanita hamil,” tulisnya di Twitter.
Baru-baru ini, Khloe, 32, mengumumkan dia sedang hamil enam bulan selepas beberapa bulan mendiamkan diri berhubung kehamilannya.
Dalam pada itu, Khloe turut memuat naik pautan artikel mengenai senaman ketika hamil di Twitter miliknya untuk dibaca oleh sesiapa yang tidak memahami senaman ketika hamil.
The post Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil
Anda sekarang membaca artikel Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/khloe-kardashian-diselar-bersenam.html