Seronok buat parodi

Seronok buat parodi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seronok buat parodi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seronok buat parodi
link : Seronok buat parodi

Baca juga


Seronok buat parodi

Walaupun pernah menyertai program Raja Lawak 6 (RL6) pada 2012, namun baru kini bakat komedi pelawak muda, Jiggy mendapat perhatian.

Apatah lagi, selepas Jiggy, 28, menganggotai kumpulan Masin dan berentap dalam program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Jiggy atau Mohammad Aizat Ahmad Nazri mengakui pembabitan di pentas MLM 2017 nyata membawa impak besar dalam karier seninya.

“Syukur Alhamdulillah, tidak dinafikan pembabitan bersama Masin dalam MLM 2017 itu sangat membantu kerjaya seni saya.

“Kini, saya sudah mula dapat tawaran untuk program TV antaranya The Sherry Show yang dihoskan Sherry Alhadad di TV3,” katanya.

Berbicara mengenai tugasnya dalam program itu, Jiggy berkata, dia diberi tanggungjawab membuat parodi bergandingan dengan Ain Edruce.

“Memang seronok dan kelakar walaupun pengalaman baru. Ditambah, Ain pun senang beri kerjasama dan banyak membantu.

“Apapun, saya tak sangka dapat peluang daripada TV3 untuk program The Sherry Show itu. Saya cuba buat yang terbaik,” katanya.

Program bual bicara hiburan, The Sherry Show sebanyak tujuh episod sudah ditayangkan sejak 19 November lalu, setiap Ahad jam 10 malam.

Mengulas tugasnya sebagai penyampai radio di stesen radio iM4U, Jiggy berkata, dia sudahpun meninggalkan kerja di konti itu.

“Saya kini bekerja sendiri dan syukur rezeki pun nampaknya lebih cenderung pada tawaran untuk program TV termasuk mengacara majlis.

“Terus terang sebagai orang baru yang mula mengatur langkah, bagi saya setiap peluang diperoleh itu harus digunakan sebaik mungkin.

“Saya perlu buktikan bakat dimiliki supaya pihak produksi dan penganjur majlis berpuas hati untuk jalin kerjasama seterusnya,”katanya.

Jiggy sudah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan penerbit program TV, Elly Arifin, 28, sejak setahun lalu.

Justeru, katanya, sebagai ketua keluarga dia perlu giat berusaha untuk terus mendapat peluang memandangkan pengalaman masih baru dalam bidang seni.

The post Seronok buat parodi appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Seronok buat parodi

Sekianlah artikel Seronok buat parodi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seronok buat parodi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/seronok-buat-parodi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :