Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta

Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta
link : Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta

Baca juga


Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta

PASANGAN bahagia, Rozita Che Wan dan Zain Saidin memilih Dubai, Abu Dhabi sebagai lokasi percutian sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka.

Rozita atau Che Ta berkata, sempena ulang tahun perkahwinan ini tidak ada hadiah istimewa melainkan percutian bersama suami.

“Sama seperti tahun sebelumnya, kami pergi bercuti. Cuma kali ini masa tak panjang kerana saya masih terikat dengan penggambaran program Cuit Cuit Che Ta.

“Kalau ikutkan, Zain tidak suka sangat bercuti tapi disebabkan ulangtahun perkahwinan, ada alasan untuk kami ke luar negara,” katanya kepada Harian Metro.

Che Ta juga menerima hadiah beg tangan jenawa mewah dari suami.

Katanya, dia tidak suka kejutan dan beritahu lebih awal hadiah yang diinginkan.

“Setiap tahun saya memang cakap tak nak hadiah lain kecuali beg tangan. Jadi, tahun ini pun dapat beg juga,” katanya.

Mengenai anak, Che Ta berkata dia dan suami tidak ada perancangan ke arah itu.

“Tidak ada sebarang perancangan menambah anak. Bagi saya cukup dengan tiga orang,” katanya.

Che Ta dan Zain berkahwin 11 Disember 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun. Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertama.

The post Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta

Sekianlah artikel Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi beg tangan mewah untuk Che Ta dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/lagi-beg-tangan-mewah-untuk-che-ta.html

Subscribe to receive free email updates: