Judul : Jangan ikut kalau jahat
link : Jangan ikut kalau jahat
Jangan ikut kalau jahat
“SAYA rasa, mana-mana karya sekalipun akan ada unsur negatif diselitkan dan peranan ibu bapa untuk memberikan kefahaman kepada anak-anak yang menontonnya,” kata aktres jelita, Nad Zainal.
Dia menangkis dakwaan sesetengah pihak mengatakan drama Girlfriend Aku Dari Neraka kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan remaja kerana bimbang terikut-ikut dengan karakter dalam siri berkenaan.
Nad yang memegang watak sebagai Nelly dalam drama itu berkata, dalam kehidupan realiti pasti ada kejadian berlaku sama seperti dalam drama berkenaan namun mungkin tidak diketengahkan.
Dalam pujian diterima oleh barisan pelakon yang menjayakan drama terbabit, ada sesetengah netizen menunjukkan kurang senang dengan perangai ‘bimbo’ karakter dalam Girlfriend Aku Dari Neraka.
“Dalam mana-mana karya pasti akan tunjukkan yang baik dan yang tidak baik. Kalau tunjukkan yang baik saja, nampaklah cerita itu ‘fake’. Sebab itu kena pandai bezakan mana buruk mana jahat.
“Yang jahat jangan jadikan ikutan. Di sinilah peranan ibu bapa berlaku. Untuk beritahu anak-anak bahawa jangan ikut atau lakukan perkara yang tidak elok. Ambil iktibar dari cerita.
“Tetapi, bagi saya cerita Girlfriend Aku Dari Neraka hanya sekadar hiburan kerana di Malaysia saya rasa ada juga yang ‘bimbo’.
Ia sekadar tontonan untuk bergelak ketawa. Tak payahlah sampai jadikan ikutan,” katanya.
Girlfriend Aku Dari Neraka turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Sharifah Shahorah dan Aiman Hakim Ridza.
Ia sudah tamat ditayangkan pada Oktober lalu tapi hingga kini masih menjadi sebutan.
The post Jangan ikut kalau jahat appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jangan ikut kalau jahat
Anda sekarang membaca artikel Jangan ikut kalau jahat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/jangan-ikut-kalau-jahat.html