Bapa nafi keluarga nak saman

Bapa nafi keluarga nak saman - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa nafi keluarga nak saman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa nafi keluarga nak saman
link : Bapa nafi keluarga nak saman

Baca juga


Bapa nafi keluarga nak saman

Bapa kepada murid yang terbabit dalam kes pendakwaan Azizan Manap atau Cikgu Azizan menafikan yang keluarganya bercadang untuk menyaman guru berkenaan buat masa ini.

Lelaki berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu mendakwa, berkemungkinan terdapat kekeliruan yang berlaku ketika isterinya memberi kenyataan kepada wartawan.

“Kami sudah terlalu tertekan dengan apa yang berlaku dan saya rasa tumpuan ketika ini adalah untuk pulih daripada trauma akibat tekanan yang kami hadapi.

“Jadi tindakan saman sivil bukan sebahagian daripada perkara yang kami akan ambil buat sekarang,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan atau nama sebenarnya, Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Azizan, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Tindakan itu menyebabkan beliau dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Seremban.

The post Bapa nafi keluarga nak saman appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bapa nafi keluarga nak saman

Sekianlah artikel Bapa nafi keluarga nak saman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa nafi keluarga nak saman dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/bapa-nafi-keluarga-nak-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :