Abam tidak ‘letih’ lagi

Abam tidak ‘letih’ lagi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abam tidak ‘letih’ lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abam tidak ‘letih’ lagi
link : Abam tidak ‘letih’ lagi

Baca juga


Abam tidak ‘letih’ lagi

Pelawak Abam Bocey mengakui pernah terdetik rasa ‘letih’ apabila ada segelintir pihak sering bertanyakan mengenai kisah peribadinya.

Menurut Abam, dia berharap dengan pengumuman bakal melangsungkan pernikahan pada 8 Disember depan dapat menjawab segala penantian orang ramai yang menantikan berita gembira itu.

Bakal menikahi wanita berusia 26 tahun yang dikenali dengan nama Hidayah, wanita yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu adalah insan yang berjaya menawan hatinya untuk dijadikan suri hidup.

“Memang soalan cepu emas itulah yang sering kali ditanyakan kepada saya. Kadang-kadang pernah terdetik juga rasa letih apabila asyik ditanya soalan sama.

“Maklumlah, ahli kumpulan Bocey yang lain Fad dan Achey masing-masing sudah berkahwin. Jadi saya pun tidak terlepas dengan soalan perihal peribadi.

“Bagaimanapun, saya selalu cakap kalau ada jodoh, insya-Allah saya pun akan menyusul,” katanya.

Menurutnya, selama ini dia bukan tidak selesa bercakap mengenai soal jodoh cuma dia mempunyai tanggungjawab dan impian yang perlu dilunaskan.

Katanya, dia mahu menjadikan ibunya sebagai wanita pertama ingin dibahagiakan.

“Memang selama ini pun saya bekerja untuk mencari nafkah. Bukan untuk siapa-siapa, tetapi untuk ibu saya sendiri.

“Sebab itu saya selalu beritahu, biarlah saya bahagiakan ibu dulu. Saya mahu hasil titik peluh saya selama ini dirasai oleh keluarga sendirI, barulah fikir untuk berumah tangga,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Abam baru pulang dari London bagi menjalani penggambaran drama Tuyul Ke London yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

The post Abam tidak ‘letih’ lagi appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Abam tidak ‘letih’ lagi

Sekianlah artikel Abam tidak ‘letih’ lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abam tidak ‘letih’ lagi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/abam-tidak-letih-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :