Judul : Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio
link : Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio
Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio
RADIO Hot FM bakal memberikan pengiktirafan kepada penggiat seni muzik tanah air yang telah bekerja keras dalam industri sepanjang tahun menerusi Top Hot 2017 bakal mempertaruhkan enam kategori.
Seiring dengan perkembangan media digital, pengiktirafan anjuran stesen radio Hot FM ini menggunakan sepenuhnya platform digital di mana orang ramai boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka di laman web rasmi Hot FM, www.hotfm.com.my.
Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana berkata, “Stesen radio Hot FM ingin memberi penghargaan untuk artis dan lagu paling hot pada tahun ini serta mengetengahkan bakat seni penyanyi itu sendiri menerusi lagu-lagu popular mereka.
“Hot FM juga akan terus menyampaikan informasi berguna kepada pendengar selain menyokong penyanyi-penyanyi baru dengan memberi ruang untuk lagu-lagu mereka di carta mingguan dalam segmen Top 40 Hot, ” katanya.
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan adalah Lagu Hot 2017, Penyanyi Lelaki Hot 2017, Penyanyi Wanita Hot 2017, Penyanyi Baru Hot 2017, Super Band Hot 2017 dan FB Live Hot 2017.
Senarai pencalonan awal Top Hot 2017 adalah berdasarkan produk penggiat seni yang ke udara di Hot FM dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2017.
Bermula 13 November lalu, undian pusingan pertama telah dibuka untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada senarai pencalonan awal dan sesi undian pusingan pertama akan berakhir pada 24 November jam 12.00 tengah malam.
Manakala undian pusingan akhir yang bakal menentukan pemenang bagi setiap kategori akan bermula pada Isnin, 27 November dan akan ditutup pada Jumaat, 15 Disember 2017 jam 12.00 tengah malam.
Pemenang akan diumumkan di Hot FM pada 29 Disember bermula jam 6.00 pagi dan semua perkembangan terkini mengenai Top Hot 2017 boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.
Top Hot 2017 ialah pengiktirafan yang memberi kuasa sepenuhnya kepada pendengar dan peminat setia untuk menentukan pemenang bagi kesemua enam kategori pencalonan yang dipertandingkan.
The post Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio
Anda sekarang membaca artikel Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/top-hot-2017-iktiraf-yang-paling-hot-di.html