Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan

Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan
link : Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan

Baca juga


Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan

DRAMATIS dan bekas penerbit majalah iaitu Allayarham Omar Sudi atau lebih dikenali sebagai Omar Manan masih memikirkan idea baharu bagi memperkasakan Persatuan Seniman Malaysia.
Isterinya, Fauziah Rauf  berkata, sebelum suaminya diserang penyakit awal Mac lalu, arwah masih mengambil tahu mengenai persatuan tersebut.

“Walaupun arwah sudah tiada jawatan dalam Seniman tapi dia masih mengambil berat mengenai isu semasa berkaitan industri hiburan.

“Ada sahaja idea baru yang muncul, sampai saya cakap… sudahlah, bagi orang muda yang mengelola persatuan tersebut. Kita ni dah tua, tak perlu campur hal orang muda,” ceritanya.

Fauziah ditemui selepas pengebumian Allahyarham Omar di Tanah Perkuburan Islam, Selayang Baru, Selangor pada petang Jumaat.

Arwah berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.40 pagi Jumaat akibat komplikasi penyakit diabetis.

Dalam pada itu, Fauziah terkilan dengan persatuan berkenaan yang tidak mengambil tahu mengenai kebajikan suaminya sepanjang terlantar di hospital.

Lebih-lebih lagi, Omar merupakan pengasas Persatuan Seniman yang ditubuhkan pada awal 80-an.

“Tak ada pun wakil Seniman yang datang berkunjung sepanjang arwah terlantar di hospital.
“Bukan nak menagih simpati, cuma itu tidak sepatutnya berlaku kerana persatuan tersebut kena ambil tahu kebajikan anak seni.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga ingin berterima kasih kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang prihatin dengan kesihatan suami,” ujarnya.

Omar pernah menjadi ketua pengarang penerbitan majalah dan akhbar tabloid antaranya Pesta, Pentas Dunia dan majalah kewanitaan iaitu Hawa pada 1990-an.

Manakala, Fauziah Rauf pula merupakan bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia dan Presiden WHAM yang pertama sebelum ia dipimpin Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Sementara itu, pengarah drama dan filem, Norhan Mahmod, 60, berkata dia turut terkilan dengan sikap Persatuan Seniman yang tidak mengendahkan kebajikan ‘orang lama’.

“Omar seorang legenda dan banyak membantu industri kita. Seniman kena ambil tahu sebab dia bukan hanya seorang wartawan, dia juga seorang pelakon dan dramatis sejak era televisyen hitam putih lagi.

“Orang muda yang ‘jaga’ persatuan sekarang ni tidak melihat kepada sejarah, tanpa individu seperti Omar, tidak akan wujud persatuan tersebut dan Festival Filem Malaysia pada hari ini,” katanya.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham antara individu yang turut memainkan peranan untuk mewujudkan Festival Filem Malaysia (FFM) yang ketika itu dikelolakan bawah Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA).

Beliau bersama beberapa wartawan lain yang terlibat dalam festival berkenaan antaranya Aimi Jarr, Mustapha AR, Norshah Thamby, Bahyah Mahmood, Ahmad Idris dan Mustaffa Ton.
Dalam bidang politik pula, beliau merupakan Ketua Cawangan Umno, Selayang Baru sehingga hayatnya.

Selain seorang balu, Allahyarham meninggalkan empat orang anak berusia 38 hingga 46 tahun serta 13 orang cucu.

The post Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan

Sekianlah artikel Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Omar Manan Pengasas Seniman, Namun Tidak Dipedulikan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/omar-manan-pengasas-seniman-namun-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :