Kereta mandi air Yasin khurafat

Kereta mandi air Yasin khurafat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kereta mandi air Yasin khurafat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta mandi air Yasin khurafat
link : Kereta mandi air Yasin khurafat

Baca juga


Kereta mandi air Yasin khurafat

“Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir individu beragama Islam yang dipercayai memandikan kenderaan baharu mereka menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.

Berdasarkan perkongsian beberapa individu menerusi laman media sosial Facebook, difahamkan langkah tersebut diambil untuk mengelakkan kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau kecurian.

Sinar Harian mendapati, amalan dikongsi melalui ruangan komen  sebagai respons terhadap berita kemalangan melibatkan kenderaan milik seorang pelakon terkemuka tanah air, baru-baru ini.

“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.

“Senang kata, amalan itu baik pada asalnya. Tapi kemudian (bertukar) jadi buruk hingga membawa tanggapan serong dalam kalangan masyarakat disebabkan perbuatan sebegini,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd Yusof, tindakan mereka menguar-uarkan perbuatan tersebut kepada orang ramai juga secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah wujud cubaan menyebarkan fahaman sedemikian. 

“Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak betul dan (boleh dianggap) khurafat. Nanti jangan ada pula yang hendak (pergi) merompak dan berjudi, tapi solat hajat terlebih dulu.

“Dalam hal ini, kita boleh ambil contoh apabila seseorang bermimpi jumpa Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa sesiapa yang bermimpi melihatnya, itu memang sahih kerana syaitan tidak dapat menyerupai dirinya.

“Tapi apabila individu yang mendapat mimpi itu asyik mencanangkannya ke sana sini, tetap tidak dapat lari daripada timbul fitnah walaupun perkara itu benar belaka,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan individu terbabit supaya merujuk kepada golongan ulama, sebelum mempraktikkan sesuatu amalan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Patutnya mereka dapatkan pandangan daripada orang yang betul-betul faham berkaitan agama terlebih dulu. Ketahui hukumnya, sebelum buat,” katanya.

The post Kereta mandi air Yasin khurafat appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kereta mandi air Yasin khurafat

Sekianlah artikel Kereta mandi air Yasin khurafat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kereta mandi air Yasin khurafat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/kereta-mandi-air-yasin-khurafat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :