Imran Ajmain Bukan Generasi Itu

Imran Ajmain Bukan Generasi Itu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imran Ajmain Bukan Generasi Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imran Ajmain Bukan Generasi Itu
link : Imran Ajmain Bukan Generasi Itu

Baca juga


Imran Ajmain Bukan Generasi Itu

PENYANYI yang popular dengan lagu ‘Seribu Tahun’ iaitu Imran Ajmain menolak permintaan pihak tertentu yang meminta dia mengikut strategi dilakukan penyanyi baharu kelahiran YouTube.

Imran berkata, pendirian sebagai seorang artis lama tercabar berikutan permintaan pihak berkenaan yang mahu dia memulakan semula strategi promosi lagu baharu nyanyiannya dari bawah.

“Ada pihak yang tidak percaya dan mahu saya buat cover lagu orang lain di YouTube bagi menarik pengikut seperti mana yang dilakukan artis-artis baharu sekarang.

“Saya bukan generasi itu dan ia mencabar pendirian saya sebagai penyanyi lama. Saya percaya kepada bakat dan kekuatan sesebuah lagu itu mampu pergi jauh dengan sendiri,” ujarnya.

Imran ditemui pada majlis pelancaran lagu duet bersama penyanyi Najwa Mahiaddin berjudul Sentiasa Merinding di SukaSucre Event Hall, pada Khamis.

Jelasnya, dia berasa terkilan apabila diminta menyanyikan lagu penyanyi lain semata-mata mahu mempromosi lagu baharunya.

“Walaupun saya menyepi lama tapi pengemar muzik saya masih ada. Saya tidak akan mula semula dengan menyanyi lagu-lagu lain,” ujarnya.

Tambah Imran, dia selesa menggunakan strategi tersendiri iaitu memperdengarkan nyanyian secara langsung dan jelajah dari negeri ke negeri atau di setiap universiti.

Dalam pada itu bercakap tentang judul lagu Sentiasa Merinding, Imran berkata, ia merupakan kolaborasi pertama dengan Najwa selepas 11 tahun berkawan.

Lagu ciptaan Imran, Najwa dan Avex ini boleh didengari di platform dalam talian mulai Sabtu.
“Rancangan untuk bekerjasama sudah lama namun sekarang akhirnya berjaya dilaksanakan.

“Proses penghasilan lagu ini tidak panjang berbanding penantian kami. Ia hanya mengambil masa dua minggu,” ujarnya.

The post Imran Ajmain Bukan Generasi Itu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Imran Ajmain Bukan Generasi Itu

Sekianlah artikel Imran Ajmain Bukan Generasi Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imran Ajmain Bukan Generasi Itu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/imran-ajmain-bukan-generasi-itu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :