Judul : Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami
link : Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami
Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami
PELAKON dan pengacara Anis Al Idrus dan suaminya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim ada membuat satu perjanjian antara mereka.
Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal, berkata perjanjian tersebut dilakukan supaya mereka boleh bertemu setiap hari.
“Saya dan suami ada buat perjanjian. Siapa selesai kerja awal, dia yang datang tempat orang tu.
“Tapi selalunya dia yang akan habis kerja lambat. Bila macam itu, saya akan pergi ke pejabat dia sebaik sahaja habis kerja.
“Dengan cara ini, kami akan sentiasa dapat berjumpa biarpun sibuk,” kata Anis .
Menurut Anis, disebabkan jadual kerja dia dan suami terlalu padat mereka masih tidak berkesempatan untuk pergi berbulan madu.
Kata Anis, 29, dia mengharapkan Rafzan atau lebih mesra dengan panggilan Aiman membawanya bercuti di pulau
“Saya mengharapkan Aiman bawa pergi pulau untuk berbulan madu sebab dia yang akan rancang semuanya.
“Tapi rasanya akan ke luar negara. Cuma bila waktu itu saya tak pasti lagi sebab masing-masing masih sibuk,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Anis bakal melancarkan single kedua berjudul Tak Guna pada bulan Disember depan.
Lagu yang dicipta penuh penyanyi Hafiz Hamidun itu dikatakan tidak ditujukan kepada sesiapa.
“Saya akan keluar single kedua hasil ciptaan penuh penyanyi Hafiz Hamidun pada bulan Disember depan.
“Lagu yang berjudul Tak Guna itu tidak dimaksudkan kepada sesiapa pun. Ia hanya sekadar lagu sahaja,” katanya.
The post Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami
Anda sekarang membaca artikel Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/ada-perjanjian-antara-anis-al-idrus.html