PPIM bantah, persoal penubuhan JITN

PPIM bantah, persoal penubuhan JITN - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPIM bantah, persoal penubuhan JITN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPIM bantah, persoal penubuhan JITN
link : PPIM bantah, persoal penubuhan JITN

Baca juga


PPIM bantah, persoal penubuhan JITN

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi mendakwa penubuhan jabatan tersebut tidak wajar kerana sekarang sebarang bentuk pembaharuan tidak diperlukan sebaliknya kerajan hanya perlu membuat penambahbaikan.

“Tidak perlu ditubuhkan jabatan baru sebab sudah banyak yang sedia ada, perkara ini sama seperti bangunan, tidak perlu dinaikkan bangunan baru tetapi membaik pulih bangunan lama.

“Dalam konteks ini, kita sudah ada banyak jabatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.  Jadi apa signifikannya penubuhan JITN?” soalnya dalam Facebook miliknya semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Paul Low Seng Kuang menjelaskan cadangan penubuhan JITN bertujuan menerajui perubahan transformasi dalam bina upaya keinstitusian terutamanya di kalangan penjawat awam, untuk memulakan dan memacu perubahan dasar serta memperkukuhkan proses kerajaan.

Selain itu katanya, JITN yang dinaik taraf daripada Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri didakwa tidak akan mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi siasatan.

Sementara itu, Yusuf berkata, beliau meminta agar para pemimpin kerajaan Malaysia khususnya ‘bangun’ dari tidur yang panjang dan usah terlalu selesa hingga tidak lihat kesusahan rakyat.

“Hari ini, kalau pemimpin nak buat pembaikan, sepatutnya di SPRM lah. Lebih elok sekiranya tambah anggota dalam SPRM dan perangi rasuah habis-habisan,buatkan sistem atas talian di mana setiap ibu pejabat Polis, imigresen dan agensi penguatkuasaan  diletakkan pegawai untuk elakkan rasuah.

“Lagipun, kalau kita buat jabatan baharu, siapa yang nak kawal mereka ini?” katanya lagi.

The post PPIM bantah, persoal penubuhan JITN appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel PPIM bantah, persoal penubuhan JITN

Sekianlah artikel PPIM bantah, persoal penubuhan JITN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPIM bantah, persoal penubuhan JITN dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/ppim-bantah-persoal-penubuhan-jitn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :