Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak

Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak
link : Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak

Baca juga


Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak

PENERBIT dan pengarah Aziz M. Osman sebak saat menikahkan anak perempuan sulungnya iaitu Puteri Nur Asyiqin Aziz dengan anggota kumpulan Devotees, Adi Akmal Sehrom pada Sabtu.
Aziz ketika dihubungi berkata, perasaan itu biasa bagi seorang bapa untuk melepaskan anak kesayangannya memandangkan hubungan mereka akrab.

“Perasaan sebak hendak melepaskan anak kesayangan kepada orang lain memang perkara biasa bagi seorang bapa tambahan pula ini pengalaman kedua saya.

“Tetapi Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar dan saya sendiri menikahkan anak saya.
“Besar harapan saya agar dia dapat memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dengan baik selepas ini,” katanya.

Asyiqin, 24 dan Adi yang juga personaliti televisyen TV Al-Hijrah dinikahkan kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sekali lafaz.

Majlis itu diadakan di kediaman ibu pengantin perempuan iaitu Datin Nor Aliah Lee Abdullah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Pada upacara itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 manakala RM15,000 sebagai wang hantaran.

Adi, 31, juga turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada Asyiqin manakala dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ditanya mengenai menantunya itu, Aziz menyifatkan Adi sebagai seorang lelaki yang budiman selain seorang yang mempunyai budi bahasa tinggi.

Kata Aziz lagi, dia kagum dengan keperibadian Adi kerana menantunya itu sentiasa bersikap positif dalam segala hal dilakukannya.

“Anak saya ini seorang yang sangat berdikari dan adakalanya panas baran tetapi Adi sentiasa tahu untuk menyejukkan hati Asyiqin dengan sikap-sikap positifnya.

“Sepanjang saya mengenalinya dia seorang yang penyabar dan sentiasa bercakap lembut malah tidak pernah menunjukkan reaksi wajah masam dan sentiasa tersenyum.

“Insya-Allah Adi mampu menjaga dan membimbing anak saya dengan baik,” ujarnya.

Pasangan itu berkenalan sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sepupu Adi sebelum mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.

Adi dan Asyiqin akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang akan diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu manakala majlis menyambut tetamu pula diadakan di Sungai Buloh, 7 Oktober ini.

The post Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak

Sekianlah artikel Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/aziz-m-osman-sebak-nikahkan-anak.html

Subscribe to receive free email updates: