Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis

Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis
link : Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis

Baca juga


Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis

SERAMAI 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kunak, diambil keterangan hari ini, bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar perempuan.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sehari selepas kejadian.

Baca artikel sebelum: Video Pelajar perempuan SMK Kunak dibelasah sekumpulan pelajar: “Tunggulah nasib kamu nanti…”

“Kita memanggil 10 pelajar serta ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan,” katanya yang dihubungi dari Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku Sabtu lalu, di padang sebuah sekolah menengah di sini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar, berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya.

“Pihak polis juga sudah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu (siasatan).

“Memandangkan kejadian berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan.

Semalam, video satu minit 39 saat menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk dan ditendang beberapa pelajar perempuan bertubi-tubi.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah di daerah ini membabitkan pelajar tingkatan tiga, namun motif dan punca belum dapat dipastikan.

Sumber: Harian Metro

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis

Sekianlah artikel Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video Belasah tular: 10 Pelajar perempuan ditahan polis dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/video-belasah-tular-10-pelajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :