Judul : Syor Dokumen RAHR, PPR Di Negeri Sembilan Dibaiki
link : Syor Dokumen RAHR, PPR Di Negeri Sembilan Dibaiki
Syor Dokumen RAHR, PPR Di Negeri Sembilan Dibaiki
SEREMBAN – Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 mengesyorkan agar dokumen perjanjian, rekod dan dokumen bagi Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dan sewaan Perumahan Rakyat Bersepadu (PPR) di Unit Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan disediakan, disimpan dan dikemas kini dengan teratur.
Ini bagi memudahkan tindakan susulan, meningkatkan kecekapan dan urusan penguatkuasaan undang-undang pada masa hadapan.
Laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut mengesyorkan agar kerjasama antara Unit Perumahan tersebut dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) diteruskan dan memastikan pemilik RAHR mempunyai dokumen hak milik supaya hasil cukai tanah dan cukai pintu dapat dikutip untuk membantu meningkatkan hasil cukai kepada kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Syor itu dibuat setelah mendapati pengurusan sewa-beli RAHR dan sewaan PPR kurang memuaskan dari segi prestasi kutipan yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga tidak meliputi keseluruhan kawasan RAHR dan PPR.
“Kelemahan yang ditemui iaitu tunggakan sewa PPR dan sewa beli RAHR meningkat, deposit yang telah dirampas tidak diakaunkan sebagai hasil kerajaan, dokumen hak milik belum dikeluarkan bagi pemilik RAHR yang telah menjelaskan pinjaman sewa beli.
“Juga didapati penyelenggaraan dan pemantauan kawasan RAHR dan PPR tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan pengurusan rekod dan maklumatnya kurang memuaskan,” menurut Laporan berkenaan.
Mengenai prestasi kewangan, ia berkata berdasarkan prestasi pengurusan kewangan bagi 13 Jabatan/Agensi Negeri, Negeri Sembilan pada tahun 2016 mendapati sembilan Jabatan/Agensi Negeri atau 69% mencapai tahap Cemerlang manakala empat Jabatan/Agensi Negeri atau 31% berada di tahap Baik.
Pejabat Daerah dan Tanah Seremban memperoleh markah keseluruhan sebanyak 95.05% dan merupakan yang tertinggi daripada 13 Jabatan/Agensi Negeri. Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu pula telah memperoleh peratus prestasi terendah iaitu sebanyak 80.72% kerana wujud beberapa kelemahan dalam Kawalan Pengurusan, Bajet, Perbelanjaan, Perolehan, Pengurusan Wang Amanah/Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, serta Pengurusan Aset Kerajaan dan Stor. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Syor Dokumen RAHR, PPR Di Negeri Sembilan Dibaiki
Anda sekarang membaca artikel Syor Dokumen RAHR, PPR Di Negeri Sembilan Dibaiki dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/syor-dokumen-rahr-ppr-di-negeri_31.html