“Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah

“Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah
link : “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah

Baca juga


“Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah

KALAU tiada angin, masakan pokok bergoyang. Itu kata pepatah Melayu.

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan aktres Tiz Zaqyah sedang didekati sorang lelaki berstatus duda. Benarkah gosip yang bertebaran itu?

Bagaimanapun, Tiz, 29, ketika ditemui pada sidang media filem Memori Pajeri Nenas, berkata, dia tidak mengetahui tentang perkara itu.

“Berkawan dengan duda? Siapa duda itu? Saya sekarang tidak tahu apa yang orang sedang bercakap tentang saya.

“Kawan-kawan berstatus duda dan janda memang ramai tapi yang mana satu pula yang dimaksudkan itu,” soalnya.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini berkata, hatinya belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas putus cinta hampir setahun lalu.
Dia menikmati kehidupan yang lebih mudah tanpa sebarang masalah dalam sesebuah hubungan.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka.

“Saya percaya kalau ada jodoh itu, ia akan sampai juga, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tiz mengakui kegagalan bercinta membuatkan dirinya lebih matang dan terbuka berkongsi soal peribadi.

Namun begitu, dia lebih memilih dalam berkongsi hal peribadi di laman-laman sosial.

“Ya, saya rasa usia membuatkan saya lebih matang untuk bercakap soal kehidupan peribadi, tapi tidak terlalu terdedah dengan laman sosial.

“Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya jarang berkongsi terutama hal peribadi,” ujarnya.

Bercerita tentang filem televisyen Memori Pajeri Nenas, Tiz berkata, dia tertarik dengan jalan cerita yang berbeza berbanding drama dan filem yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Ia juga merupakan kali pertama dia digandingkan dengan pelakon Alif Satar.

“Jalan cerita sangat realistik seperti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Saya rasa ia berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa.

“Berlakon dengan Alif juga pertama kali dan dia seorang yang mempunyai bakat semula jadi sebagai seorang pelakon,” ujarnya.

Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.

The post “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah

Sekianlah artikel “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/siapa-duda-itu-tiz-zaqyah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :