Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang

Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang
link : Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang

Baca juga


Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang

ARAU: Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menasihati penyokong Barisan Nasional (BN) , khususnya UMNO, agar berhati-hati dengan usaha pembangkang yang didapati menguar-uarkan agenda agar pengundi menyerahkan kerusi dewan undangan negeri kepada BN dan parlimen kepada mereka.

"Mereka (pembangkang) turut memuat naik gambar pemimpin UMNO dalam media sosial untuk menyokong pakatan itu. Ini tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Arau, di sini hari ini.

Katanya isu itu sengaja dimainkan oleh pembangkang dalam usaha mereka menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Pada masa sama, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta pembangkang agar memilih isu yang berkepentingan rakyat dan bukan mempolitikkan kisah-kisah jenayah serta agama dengan tujuan merosakkan nama pemimpin UMNO.

"Nak lawan dalam politik, eloklah pilih isu yang ada nilai dan kepentingan rakyat," katanya.

Sementara itu, Shahidan meminta Wanita UMNO mendampingi golongan muda dan bekerja lebih keras mendaftar pengundi baharu.

Beliau memberi contoh program berjalan kaki menemui rakyat yang dilaksanakannya sejak sekian lama telah memudahkan beliau bertemu hampir setiap lapisan masyarakat dan menziarahi keluarga yang memerlukan bagi menghulurkan bantuan.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang

Sekianlah artikel Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahidan nafi pakatan serah DUN kepada BN, Parlimen kepada pembangkang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/shahidan-nafi-pakatan-serah-dun-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :