Judul : Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia..
link : Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia..
Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia..
Mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington disemadikan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di California, Amerika Syarikat dalam sebuah upacara tertutup.
Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh bekas anggota band Of Mice and Men, Austin Carlile di Instagramnya dengan menunjukkan wristband dan kad memorial mirip pas belakang pentas sebagai bukti kehadirannya di upacara tersebut semalam.
"Servis hari ini sangat indah. Terima kasih Linkin Park, terima kasih Chester untuk segalanya," tulisnya.
Lapor media antarabangsa, upacara pengebumian mendiang Chester turut diiringi sebuah persembahan muzikal tribut.
Upacara itu hanya dihadiri oleh 200 orang keluarga dan sahabat terdekat Chester termasuk balunya, Talinda.
Chester, 41, dilaporkan meninggal dunia dengan cara membunuh diri pada 20 Julai lalu di kediamannya di Palos Verdes, California.
Kegemilangan Linkin Park bermula sekitar tahun 2000 menerusi album debut Hybrid Theory yang terjual lebih 10 juta unit.
Band itu pernah 63 kali memenangi pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards.
Bagi yang terlepas untuk menyaksikan episod khas mengenai kerjaya band legenda Linkin Park, saksikan MTV: The Ride - Linkin Park di Astro Go dan On Demand mulai sekarang hingga 4 Ogos nanti.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia..
Sekianlah artikel Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia.. dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/selepas-seminggu-mendiang-chester_31.html