‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing
link : ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

Baca juga


‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

UMAT Islam yang sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kerana dikhuatiri telah melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghina agama Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, Islam pada dasarnya tidak memandang keji binatang sepeti anjing kerana ia merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah.

Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh haiwan terbabit tanpa sebab kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Kaitan: Netizen Ini Dakwa Orang Melayu Patut Bela Anjing

Menurutnya, berdasarkan Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan memelihara haiwan itu malah mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar tidak menjejaskan amal ibadat seharian.

“Perbuatan memelihara anjing seolah-olah cuba mencipta budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

“JAKIM amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.

“Ini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/adat di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia sebagai mengulas perbuatan seorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman yang tanpa segan silu memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing bernama Bubu.

Tambah Othman, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

“Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughalazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis ‘mughalazah’ secara sengaja.

“Tindakan sedemikian samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya,” katanya.

Jelasnya, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu berkenaan dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak JAKIM berkaitan hukum memelihara anjing. – MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

Sekianlah artikel ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/segeralah-bertaubat-kp-jakim-ulas-isu_5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :