Judul : Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang
link : Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang
Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang
ALOR SETAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas 12 ekor burung helang yang dipelihara seorang lelaki, tanpa kebenaran, di rumahnya di Bukit Jenun, Pendang, semalam.
Pengarahnya, Inche [email protected] Ali Che Aman berkata kesemua burung helang pelbagai spesies yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit dirampas kira-kira 2 petang di dalam kawasan kediaman lelaki terbabit.
“Hasil siasatan mendapati lelaki berumur 41 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pemilikan secara sah daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan burung-burung helang tersebut yang merupakan spesies terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Antara spesies yang dirampas ialah Lang Sika (Accipiter trivirgatus), Lang Malam (Machearhamphus alcinus), Lang Hindek (Spizaetus cirrhatus) dan Collared Falconet (Microhietax caerulescens),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, selepas mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah, kesemua burung helang tersebut akan dilepaskan semula ke habitat asal.
Kes disiasat di bawah Seksyen 68(2)(a) yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang
Anda sekarang membaca artikel Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perhilitan-rampas-12-ekor-burung-helang_26.html