Judul : Pengerusi FGV mohon dua lembaga pengarah kekalkan jawatan
link : Pengerusi FGV mohon dua lembaga pengarah kekalkan jawatan
Pengerusi FGV mohon dua lembaga pengarah kekalkan jawatan
Tan Sri Sulaiman, menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh FGV berkata, "berhubung laporan media mengenai peletakan jawatan Datuk Dr. Omar Salim dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dari Lembaga Pengarah FGV, saya ingin menyatakan bahawa kedudukan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah adalah amat penting dalam proses penyumbangan dan penambahbaikan integriti dan semangat kesaksamaan yang berterusan".
"Saya ingin menjelaskan bahawa kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah telah menyatakan niat mereka untuk meletakkan jawatan mereka beberapa minggu yang lalu," tambah beliau.
"Namun, untuk meningkatkan kawalan tadbir urus korporat dan perniagaan FGV, saya telah meminta agar semua anggota pengarah untuk terus kekal di jawatan mereka ulas Tan Sri Sulaiman lagi.Saham syarikat gergasi FGV pula telah meningkat sebanyak 1.84% pada hari ini, dengan pelantikan tiga pengarah baru.
FGV meningkat tiga sen kepada RM1.66, dengan 1.74 juta saham bertukar tangan untuk permodalan pasaran sebanyak RM5.95 bilion.
Dalam pemfailan bursa semalam, FGV berkata ketiga-tiga pengarah baru ini adalah dari Felda Authority (Felda).
Datuk Abu Bakar Harun dan Ab Ghani Mohd Ali telah dilantik sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif manakala Datuk Muzzammil Mohd Nor dinamakan sebagai pengarah alternatif bukan bebas dan bukan eksekutif.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pengerusi FGV mohon dua lembaga pengarah kekalkan jawatan
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi FGV mohon dua lembaga pengarah kekalkan jawatan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pengerusi-fgv-mohon-dua-lembaga.html