Judul : Pemuda UMNO Kelantan Bantah Kekejaman Israel
link : Pemuda UMNO Kelantan Bantah Kekejaman Israel
Pemuda UMNO Kelantan Bantah Kekejaman Israel
KOTA BHARU – Lebih 400 umat Islam menyertai demonstrasi secara aman di di sini hari ini bagi membantah tindakan rejim Zionis yang menutup Masjid al-Aqsa dan berlaku kejam terhadap umat Islam Palestin.
Bantahan banjuran Pemuda Umno Kelantan, bermula 2.15 petang di hadapan Masjid Muhammadi di sini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azam Ismail berkata rakyat Malaysia sentiasa berdiri di belakang Palestin bagi membantah sebarang pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di negara itu.
“Perhimpunan hari ini bukanlah bermotifkan politik tetapi atas semangat persaudaraan sesama Islam, atas dasar sama kiblat. Ini bukannya isu parti tetapi isu membabitkan umat Islam di seluruh dunia, ” katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi .
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan turut mengadakan bantahan di lokasi berasingan yang dihadiri kira-kira 400 umat Islam.
Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang berucap pada bantahan tersebut berkata perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti terhadap Masjid al-Aqsa yang kini dikepung oleh tentera Israel.
“Untuk itu marilah kita bangkit untuk perjuangkan hak beragama samada berada di dalam mahupun luar negara,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pemuda UMNO Kelantan Bantah Kekejaman Israel
Anda sekarang membaca artikel Pemuda UMNO Kelantan Bantah Kekejaman Israel dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pemuda-umno-kelantan-bantah-kekejaman.html