Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia

Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia
link : Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia

Baca juga


Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia

BESUT – Empat pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Ciptaan Dunia (WICC) anjuran Persatuan Penciptaan Universiti-Universiti Korea yang diadakan di Seoul, Korea dari 28 hingga 30 Julai.

Kejayaan tersebut merupakan kejayaan kali kedua kepada pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dalam pertandingan berkenaan iaitu pada tahun 2015 empat pelajar daripada sekolah itu juga memenangi pingat emas dalam pertandingan yang diadakan di Taiwan yang turut disertai lebih 150  buah sekolah daripada seluruh dunia.

Pengetua SM Imtiaz Besut, Abdul Wahab Mohd Arshad memberitahu empat pelajar yang memenangi pertandingan terbaru itu ialah Ameerul Shafiq Abdul Manaf, Khairul Hakimin Mohd Shafie, Ahmad Afiq Danial  Mohd Kamal dan Ahmad Amir Izzat Amran yang kesemuanya berumur 17 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat.

Katanya, keempat-empat pelajar itu dipilih apabila kajian ciptaan mereka tentang alat pengasing minyak berasaskan kulit telur dipilih oleh hakim dalam pertandingan berkenaan yang sebelumnya juga telah mendapat pengesahan ketulenan daripada universiti tempatan.

“Penciptaan pelajar saya itu berpunca daripada saranan saya supaya mencari satu pendekatan bagi mengasingkan minyak daripada air yang mengalir masuk ke sungai berdekatan sekolah agar pencemaran air sungai tidak berlaku,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Dengan dua kali kejayaan itu, para pengajar sekolahnya kini telah menjadikan bidang kreativiti penciptaan sebagai budaya baharu kepada setiap pelajar di sekolahnya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia

Sekianlah artikel Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Imtiaz Menang Pertandingan Kreativiti Dunia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pelajar-imtiaz-menang-pertandingan_31.html

Subscribe to receive free email updates: