Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik
link : Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

Baca juga


Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

Beliau berkata pelabur asing terus memanfaatkan sinergi serantau dan ekosistem Malaysia yang unik dengan pelaburan yang diluluskan daripada sumber luar meningkat sebanyak 63.4 peratus kepada RM59 bilion tahun lepas daripada RM36.1 bilion pada 2015.

Ini, kata beliau dapat dilihat dengan pelaburan sebanyak RM22.06 juta daripada syarikat berpangkalan di Switzerland, Endress+Hauser bagi menyediakan latihan, perundingan strategik dan kepakaran teknikal kepada pelanggan mereka.

“Kemudahan baharu ini juga mengukuhkan kedudukan negara sebagai pasaran menarik bagi proses automasi,” katanya semasa berucap  pada majlis pelancaran kemudahan latihan dan khidmat pelanggan Endress+Hauser yang baru di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Endress+Hauser Matthias Altendorf.

Kemudahan seluas 3,000 meter persegi itu menempatkan pusat penentukuran baru untuk instrumen analisis cecair, tekanan dan aliran, selain bilik latihan serta auditorium untuk menyediakan latihan secara langsung kepada pelanggan.

Azman berkata Switzerland merupakan antara rakan strategik Malaysia dalam pelaburan dan setakat Disember 2016, sebanyak 156 projek pembuatan melibatkan penyertaan negara itu dengan pelaburan bernilai RM4.5 bilion telah dilaksanakan.

Beliau yang menafikan khabar angin kononnya pelabur asing meninggalkan negara ini, berkata banyak syarikat menyusun semula model perniagaan mereka selain melabur dalam proses dan teknologi baharu.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bekerjasama dengan agensi berkaitan dan peserta industri berhubung beberapa langkah dalam merealisasikan agenda Industri 4.0 untuk negara.

“Kami sedang merangka Rangka Tindakan Industri Nasional 4.0 yang disasarkan siap menjelang akhir tahun,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran kemudahan baru itu hari ini, Altendorf berkata projek itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap pasaran tempatan, dan menandakan peralihan Endress+Hauser ke arah pendigitalan dan Internet Things of Things perindustrian.

– BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

Sekianlah artikel Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/malaysia-kekal-destinasi-pelaburan_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :