Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
link : Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Baca juga


Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

SHAH ALAM – ‘Program Little Hajj 2017’ yang disertai 5,684 kanak-kanak daripada Tadika Little Caliphs di seluruh negara mencatat sejarah tersendiri  apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) “Penyertaan Serentak Terbesar Kanak-kanak Untuk Simulasi Ibadah Haji”.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB), Roslin Nordin berkata program anjuran LCISB dengan kerjasama Koperasi Ukhwah Little Caliph Berhad itu, disertai kanak-kanak berusia enam tahun daripada 212 tadika Little Caliphs.

“Objektif program itu bertujuan memberi pembelajaran secara praktikal mengenai keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan ibadah haji bagi memastikan kanak-kanak prasekolah ini memahami konsep sebenar rukun Islam kelima itu,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil MBOR daripada Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohammad Alex Edward, di sini hari ini.

Program Little Hajj 2017 ini kali kedua diadakan, dengan yang pertama pada tahun lepas tetapi hanya membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Pelaksanaan simulasi ibadah haji itu meliputi pemakaian ihram, tawaf, saie, wukuf, melontar jamrah serta tahallul.

“Kanak-kanak yang terlibat akan merasai sendiri keadaan memakai ihram, bagaimana melakukan tawaf pada replika Kaabah, membuat wukuf, melontar jamrah dan sebagainya bagi memupuk kecintaan mereka terhadap Islam,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Sekianlah artikel Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Little Caliphs Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/little-caliphs-terima-pengiktirafan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :