Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda

Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda
link : Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda

Baca juga


Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menggesa kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan untuk bekerjasama menangani isu perumahan mampu milik.

Presidennya, Datuk Seri FD Iskandar berkata, ketiga-tiga pihak perlu memberi kelonggaran kepada pemaju perumahan mampu milik, seperti mengutip premium lebih rendah daripada tanah kepadatan tinggi tanpa mengenakan caj pembangunan.

"Kerajaan dan majlis tempatan perlu memahami yang harga tanah, kos buruh dan pembinaan kini semakin tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Rehda di sini, pada Khamis.

Mengenai pemilikan rumah mampu milik di negara ini, Iskandar berharap bank pusat akan lebih bertolak-ansur dengan kelulusan pinjaman dan memberi kelonggaran tertentu  kepada bakal pembeli.

Rumah berharga di bawah RM500,000 dianggap rumah mampu milik, katanya.

Sementara itu, beliau yakin yang kerajaan akan mengguna pakai Dasar Perumahan Negara yang telah dikaji semula menjelang akhir tahun.

Dasar itu antara lain menekankan mengenai harga rumah mampu milik.

"Kami sedang berbincang dengan kerajaan dan percaya ia akan memberi manfaat kepada pembeli rumah," katanya.

Mengenai cadangan untuk kerajaan negeri membeli rumah kos rendah yang tidak terjual dan menjualnya semula melalui skim sewa untuk memiliki, Iskandar berkata, Rehda sedang membincangkan isu itu dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kami sedang mengumpul data mengenai pembangunan kos rendah di negara ini daripada lebih 1,400 anggota Rehda di seluruh negara.

"Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum kami boleh menawarkan sebarang cadangan kepada kerajaan negeri,” tambahnya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda

Sekianlah artikel Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan perlu bekerjasama dalam isu perumahan mampu milik - Rehda dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kerajaan-persekutuan-negeri-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :