Judul : Jangka Peningkatan Ketibaan Pelancong M’sia Tahun Depan
link : Jangka Peningkatan Ketibaan Pelancong M’sia Tahun Depan
Jangka Peningkatan Ketibaan Pelancong M’sia Tahun Depan
GEORGE TOWN – Agensi Pembangunan Pelancongan Perancis (Atout France) menjangka peningkatan ketibaan pelancong dari Asia Tenggara awal tahun depan disokong oleh pengukuhan mata wang Asia berbanding Euro.
Pengarah Serantau Atout France bagi ASEAN, Morad Tayebi berkata ketibaan pelancong dari rantau ini, terutama Malaysia telah menurun kira-kira 20 peratus tahun lepas berbanding 2015.
“Kejatuhan mata wang Asia berbanding Euro telah teruk menjejaskan sektor pelancongan terutama ketibaan pelancong dari Malaysia, menyusut kepada kira-kira 120,000 orang tahun lepas berbanding kira-kira 150,000 orang pada 2015,” kata beliau pada majlis makan tengah hari dan taklimat media di sini hari ini.
Menurut Morad, satu lagi faktor yang menjejaskan sektor pelancongan di perancis ialah isu pengganas yang bukan sahaja menggegarkan Paris tetapi juga berlaku di semua negara Eropah.
Bagaimanapun, beliau berkata Atout France akan memberi tumpuan kepada pelancongan Halal tahun depan yang dijangka menyumbang kira-kira lapan juta daripada ketibaan pelancong secara keseluruhan.
Beliau berkata pelancong beragama Islam tidak perlu bimbang mengenai makanan halal di Perancis kerana negara itu mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah dengan kira-kira enam juta.
“Tahun lepas, kami melaporkan ketibaan kira-kira 83 juta pelancong dengan kira-kira 10 juta adalah pelancong Islam. Tahun depan, kami merancang untuk memberi tumpuan kepada pelancongan halal bagi meningkatkan jumlah ketibaan pelancong bukan sahaja dari negara-negara Timur Tengah tetapi juga dari negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan hotel bertaraf lima bintang di Perancis menawarkan makanan halal dan semua bilik mempunyai arah kiblat dan dilengkapkan dengan bilik solat. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jangka Peningkatan Ketibaan Pelancong M’sia Tahun Depan
Anda sekarang membaca artikel Jangka Peningkatan Ketibaan Pelancong M’sia Tahun Depan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/jangka-peningkatan-ketibaan-pelancong.html