Judul : Hanez Suraya Bersara Dunia Lakonan
link : Hanez Suraya Bersara Dunia Lakonan
Hanez Suraya Bersara Dunia Lakonan
Sudah mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia lakonan. (Gambar: Aishah Aziz)
"Ya, saya sudah tidak berlakon lagi," akui bintang antagonis yang beberapa kali dihambat kontroversi, Hanez Suraya.
Ini bermakna, peminat Hanez akan merindui aksi lakonan wanita ini yang diakui antara pelakon yang baik.
Rojak Daily Kaw! bertanya sendiri kepada empunya diri mengapa membuat keputusan itu.
Hanez berkata, keputusan itu dibuat sebagai menghormati permintaan suaminya Romie Razin Adilha Abdul Jais, 37 yang mahu dia memberikan tumpuan terhadap keluarga.
"Suami tidak izinkan saya berlakon dan mahu saya tumpukan pada keluarga terutamanya anak yang masih kecil.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya menurut Hanez, 32, dia dan suami sedang berusaha untuk menambah zuriat.
Akui pelakon Love You Mr Arrogant itu, suaminya juga cemburu dan tidak gemar apabila dia tidak berada di rumah dalam tempoh masa yang lama.
Well Hanez, moga berjaya dan siapa tahu satu hari nanti akan buat comeback!
Hanez pada masa sama bersyukur kerana rumah tangganya terus bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang.
"Syukur dengan rahmat dari Allah dan terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami," katanya.
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie pada Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya yang kini berusia setahun.
Hanez ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Laman Seri, di sini yang dihadiri lebih 500 tetamu.
Pasangan suami isteri itu turut meraikan 100 anak yatim dan tahfiz turut diundang khas pada majlis yang julung kali diadakan itu.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Hanez Suraya Bersara Dunia Lakonan
Anda sekarang membaca artikel Hanez Suraya Bersara Dunia Lakonan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/hanez-suraya-bersara-dunia-lakonan.html