Judul : [CONTEST] Menangi 3 Fujifilm Instax Square SQ10 Untuk Pengalaman Gambar Yang Awesome
link : [CONTEST] Menangi 3 Fujifilm Instax Square SQ10 Untuk Pengalaman Gambar Yang Awesome
[CONTEST] Menangi 3 Fujifilm Instax Square SQ10 Untuk Pengalaman Gambar Yang Awesome
Gambar: Fujifilm Malaysia
Anda tahu tak Fujifilm Malaysia baru sahaja menlancarkan kamera instax SQUARE SQ10 dengan rekaannya yang sangat comel? Kamera ini adalah kamera segera hibrid pertama dalam rangkaiannya yang dilengkapi dengan pengesan imej digital dan teknologi penghasilan imej digital yang membolehkan kualiti imej fotografi yang lebih hebat dan fungsi suntingan/penghasilan imej sebelum mencetak. Fuhh, teruja kami!
6 sebab kenapa anda harus mendapatkan kamera instax SQUARE SQ10:
1. Imej fotografi berkualiti tinggi didorong oleh gabungan teknologi penggambaran digital dan sistem instax sedia ada.
SQ10 adalah kamera pertama dalam siri instax yang telah dilengkapi dengan "sistem hibrid instax" yang baru dibangunkan - pengesan imej digital dan teknologi penghasilan imej bersepadu dengan sistem instax yang sedia ada. Teknologi ini meningkatkan keupayaan SQ10 untuk mengambil imej cerah dalam keadaan cahaya malap (contohnya dalam tempat tertutup dan pemandangan malam) dan tangkapan imej yang dekat dari jarak sehingga 10 cm dengan fungsi-fungsi baru seperti kawalan pendedahan automatik, pengesanan manusia, dan fokus automatik.
2. Pengendalian lebih mudah dengan skrin LCD, pemutar dial dan butang kendalian di belakang kamera
Tiga butang diatur di atas pemutar dail operasi selari dengan fungsi utama iaitu sepuluh penapis yang berbeza, kawalan vignet dan pelarasan kecerahan. Hasil akhir setelah selesai semua kendalian sepanjang tangkapan imej, suntingan / penghasilan dan percetakan dipaparkan pada skrin LCD. Fungsi interface atau antara muka terkini ini membolehkan jurugambar menyunting dan menghasilkan imej dengan pengendalian yang mudah dan secara bersahaja. Ini juga membolehkan jurugambar memilih dan menyunting (contohnya fokus dekat dan memotong) imej sebelum percetakan.
3. Pilihan menangkap yang pelbagai dan fungsi penghasilan imej yang kreatif untuk menyerlahkan sebaiknya tarikan imej format berbentuk segi empat sama.
Sepuluh penapis warna yang berbeza dan ketepuan, kesan vignet dramatik yang boleh melaraskan keamatan cahaya di bahagian pinggir imej dan penyelaras kecerahan membolehkan pengguna untuk menggabungkan aspek seni dalam fotografi mereka. Penapis adalah alat terbaik yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan ketepuan atau menambah citarasa atau suasana lama untuk imej tersebut.
4. Reka bentuk simetri dengan dua butang pengatup
SQ10 mempunyai reka bentuk ikonik yang tidak begitu tebal, bulat, dan berbentuk simetri untuk kemudahan semasa memegangnya. Ia mempunyai dua sistem pengatup dengan dua butang pengatup - satu di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri. Kemudahan ini memberikan pengguna kidal peluang untuk menekan pengatup dengan tangan dominan mereka selain sebagai butang fungsi untuk menukar pilihan menangkap untuk pengguna tangan kanan. Gelung kanta hadapan diperbuat dengan kemasan logam dan badan luar berwarna hitam menyerlahkan kepelbagaian butiran reka bentuknya.
5. Filem instax SQUARE [1] aspek nisbah 1: 1
Format segi empat sama telah menjadi popular sebagai tetapan yang berkesan untuk ungkapan fotografi seni oleh peminat fotografi sejak hampir satu abad yang lalu. Filem instax SQUARE mempunyai sudut pandangan "1 kepada 1" dengan saiz skrin 62x62mm, yang menghasilkan imej berseni tanpa mengira samaada ia gambar manusia atau pemandangan semulajadi.
6. Penghasilan semula warna yang cemerlang
Filem dari siri instax ini mempunyai kebolehan menghasilkan semula warna yang cemerlang, ia mengambil kesempatan sepenuhnya dari penyelidikan berkurun oleh FUJIFILM dalam pembuatan filem fotografi dan teknologi senireka imej.
Istimewanya lagi, anda boleh mendapatkan kamera instax SQUARE SQ10 secara percuma! Fujifilm Malaysia dan Rojak Daily Kaw ingin memberikan 3 buah kamera ini kepada pembaca bertuah dan caranya cukup mudah.
PERADUAN kamera instax SQUARE SQ10
1. Hantar gambar selfie terbaik anda yang menggambarkan maksud MERDEKA.
2. Muat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #PeraduanSQ10 #Fujifilmmy #rojakdailykaw dan jangan lupa tag kami di @rojakdailykaw. Pastikan akaun intagram anda public.
3. Kemudian lengkapkan slogan ini: "Saya Suka Fujifilm Instax SQUARE SQ10 kerana... (tidak lebih 15 patah perkataan).
Peraduan bermula pada 1 Ogos 2017 dan akan berakhir pada 25 Ogos 2017. Tiga pemenang bertuah akan memenangi sebuah kamera instax SQUARE SQ10 yang bernilai RM2,000 dan 10 paket filem (ada 10 keping dalam setiap paket). Selamat berselfie!
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel [CONTEST] Menangi 3 Fujifilm Instax Square SQ10 Untuk Pengalaman Gambar Yang Awesome
Anda sekarang membaca artikel [CONTEST] Menangi 3 Fujifilm Instax Square SQ10 Untuk Pengalaman Gambar Yang Awesome dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/contest-menangi-3-fujifilm-instax.html