Judul : Buka tudung semasa Hari Raya, ini penjelasan Zulin Aziz
link : Buka tudung semasa Hari Raya, ini penjelasan Zulin Aziz
Buka tudung semasa Hari Raya, ini penjelasan Zulin Aziz
Pelakon Zulin Aziz dikritik hebat malah dikecam oleh ramai peminat lantaran satu video memaparkan dia tidak mengenakan tudung di rumah pelakon Ahya Rosli tersebar baru-baru ini.
Sekali imbas, mungkin ramai yang mula beranggapan ia satu perlakuan yang tidak wajar apabila wanita mengunjungi rumah lelaki kemudian membuka tudungnya pula.
Kata Zulin, video tersebut seharusnya tidak dimuat naik dan terdapat beberapa kesilapan berlaku.
“Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli malam tadi. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum.
“Sebenarnya saya dengan ahli keluarga Ahya sangat rapat. Kami ibarat keluarga apabila sering bertemu dan bermalam di rumah mereka,”jelasnya kepada Harian Metro.
Zulin juga memohon diberikan ruang untuk dirinya berubah perlahan-lahan, memandangkan dia baru sahaja berhijrah mengenakan hijab daripada imej ‘freehair’ sebelum ini.
“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya berada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah.
“Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan.
“Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang,” katanya lagi.
Diharapkan semua pihak jelas dengan apa yang dikatakan oleh Zulin dan tiada lagi kutukan yang bukan-bukan ya. – Sumber: Harian Metro
Tag : Ahya , Deejay Radio , Kontroversi , Pelakon , Tudung , Video Artis , Zulin Aziz
The post Buka tudung semasa Hari Raya, ini penjelasan Zulin Aziz appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Buka tudung semasa Hari Raya, ini penjelasan Zulin Aziz
Anda sekarang membaca artikel Buka tudung semasa Hari Raya, ini penjelasan Zulin Aziz dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/buka-tudung-semasa-hari-raya-ini.html