Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi

Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi
link : Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi

Baca juga


Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menyerahkan semua wang hasil kutipan caruman saliran kepada saliran (JPSPP) untuk diakaunkan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1.

Laporan itu menyebut sehingga Jun 2016, sejumlah RM22.09 juta baki wang caruman masih belum diserah kepada JPSPP.

“Kegagalan MPSP menyerahkan semua wang hasil kutipan caruman saliran kepada JPSPP menyebabkan baki akhir tahun akaun amanah terkurang catat sebanyak RM22.09 juta dan wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk membiayai lebih banyak projek-projek pencegahan banjir bagi kawasan yang memerlukan,” menurut laporan audit berkenaan yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu pada 2010, Yang Dipertua MPSP memberi  28 kebenaran kepada Jabatan Perbendaharaan MPSP untuk menyerahkan wang kutipan caruman saliran berjumlah RM400,000 setahun kepada JPSPP bagi mengawal aliran wang tunai MPSP tanpa mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Sementara itu, maklum balas MPSP yang diterima pihak audit pada 28 Feb lepas menyatakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan menyerahkan baki kutipan terkumpul sehingga 31 Dis 2016 berjumlah RM21.07 juta kepada JPSPP secara sukuan seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 15 Jun 2016 dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang pada 19 Dis 2016.

Maklum balas itu juga menyatakan pembayaran baki terkumpul bersama kutipan semasa akan dibuat pada 2017 secara sukuan iaitu mulai Mac, Jun, September dan Disember.

Bagaimanapun, menurut laporan berkenaan maklum balas untuk menyerahkan tunggakan wang hasil kutipan caruman secara sukuan itu bercanggah dan tidak bertepatan dengan kehendak Arahan Akaun Amanah Saliran Negeri Pulau Pinang.

“Sekiranya PBT ingin mengubah cara penyerahan ke dalam akaun ini, arahan amanah tersebut mesti dipinda dan pada pendapat audit, Akaun Amanah Saliran Negeri Pulau Pinang yang dilaporkan dalam Laporan Penyata Kewangan Negeri tidak menunjukkan baki sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan agar JPSPP dan MPSP memastikan semua hasil kutipan dan baki RM22.09 juta Wang Amanah Saliran yang dikutip oleh MPSP diserah kepada JPSPP dan semua bayaran perlu disahkan oleh Pegawai Pengawal. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi

Sekianlah artikel Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arahan Akaun Amanah Saliran P.Pinang Tidak Dipatuhi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/arahan-akaun-amanah-saliran-ppinang_31.html

Subscribe to receive free email updates: