Judul : Aksi Sempoi KJ Kalahkan Nabil
link : Aksi Sempoi KJ Kalahkan Nabil
Aksi Sempoi KJ Kalahkan Nabil
Siapa tidak kenal dengan Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan nama KJ. Sebut sahaja nama beliau, rata-rata menganggap KJ merupakan antara menteri paling sempoi dan sporting di Malaysia.
Khairy Jamaluddin muncul dalam episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP semalam bagi mempromosikan Transformasi Nasional (TN50).
Rancangan popular Astro Ria MeleTOP tersebut juga menjemput Dr Aizan Sofia dan juga duta Transformasi Nasional (TN50) Ganesh Muren, termasuk Noor Neelofa Mohd Noor sendiri.
Kehadiran KJ tular di laman media sosial gara-gara aksi yang diperlihatkan menunjukkan sikap sempoi dan mengalahkan Nabil Ahmad dengan penuh macho memikat hati netizen.
Antara aksi yang menarik perhatian netizen ialah permainan ‘The Tablecloth Challenge’ iaitu menarik alas meja tanpa menjatuhkan objek di atasnya.
Telatah KJ memberikan suasana meriah dan lucu selain mendapat respons positif orang ramai.
Namun, bukan itu sahaja yang menjadi perhatian sebaliknya tali di dalam baju yang dianggap netizen seolah KJmemakai rantai juga turut dibual netizen.
Video yang dimuatnaik MeleTOP di youtube itu telah ditonton lebih 130 ribu kali sejak dimuat naik dua hari lalu.
The post Aksi Sempoi KJ Kalahkan Nabil appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Aksi Sempoi KJ Kalahkan Nabil
Anda sekarang membaca artikel Aksi Sempoi KJ Kalahkan Nabil dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/aksi-sempoi-kj-kalahkan-nabil.html