62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak

62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak
link : 62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Baca juga


62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Sebanyak 62 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya sejak  mahkamah khas itu beroperasi 4 Julai lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata daripada jumlah itu, 11 kes telah diselesaikan manakala 25 kes dalam sebutan dan 26 kes lagi masih dalam perbicaraan.

”Kes-kes yang didaftarkan di bawah Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan diselesaikan atau dilupuskan dalam tempoh satu tahun dari tarikh ia didaftarkan di mahkamah tersebut,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong)  pada persidangan Dewan Rakyat hari ini,

Azalina berkata kerajaan bercadang untuk memperluas kewujudan mahkamah khas bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ke seluruh negara secara berperingkat.

Pada masa ini, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan di Asia Tenggara itu  mendengar dan memutuskan  kes-kes yang berlaku di daerah Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Putrajaya,

Mengenai kemudahan di mahkamah itu, Azalina berkata ia dilengkapi dengan prasarana khusus seperti  ‘Court Recording Transcription (CRT)’, sistem audio visual dan bilik saksi kanak-kanak serta bilik menunggu saksi kanak-kanak (Bilik Permata).

“Prasarana khusus ini amat penting demi membantu prosiding perbicaraan di mahkamah khas tersebut agar dapat memastikan perbicaraan dan pendengaran kes dijalankan dengan cepat dan berkesan.

“Sistem audio visual itu membolehkan saksi kanak-kanak lebih selesa untuk memberi keterangan di luar mahkamah terbuka dalam bilik yang berasingan serta membantu pihak pendakwa raya dan peguam untuk mengendalikan prosiding mahkamah,” katanya.

Prasarana dan kemudahan khas di bilik saksi kanak-kanak dan bilik menunggu saksi kanak-kanak yang dibiayai oleh Yayasan Permata merupakan bilik saksi yang bersifat mesra kanak-kanak dan membolehkan saksi serta mangsa kanak-kanak yang hadir perbicaraan di mahkamah tidak berasa gementar.

Azalina berkata satu jawatankuasa kerja yang dianggotai antaranya Polis Diraja Malaysia; Jabatan Peguam Negara; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta badan bukan kerajaan berkaitan kanak-kanak, akan ditubuhkan bagi merangka garis panduan khas yang komprehensif untuk mengendali kes-kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Sekianlah artikel 62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 62 Kes Didaftar Di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/62-kes-didaftar-di-mahkamah-jenayah_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :