Judul : Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung
link : Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung
Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung
KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin pada Jun 2015.
Ketika menjatuhi hukuman itu, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mendapati Mohd Syawaldi Mamad, 26, bersalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki heroin seberat 34.09 gram pada pukul 6.30 petang 3 Jun 2015 di 414-A Kampung Pak Pa, Kuala Terengganu.
Tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 27.84 gram pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama.
Menurut fakta kes, tertuduh ditangkap bersama tiga yang lain pada hari kejadian kerana disyaki memiliki dadah terlarang.
Setelah disoal siasat, Mohd Syawaldi membawa sepasukan polis ke rumahnya yang kemudian menjumpai ‘pok teh’ atau pil kuda di rumah tertuduh di dalam bekas yang bertulis ‘GUESS’.
Menerusi pemeriksaan polis, sebanyak 40 botol berisi dadah ditemui di dalam bekas tersebut. Turut ditemui di dalam kotak berkenaan adalah paket plastik berwarna biru berisi 1,973 biji pil berwarna merah dan 20 biji pil berwarna hijau juga disyaki dadah.
Tertuduh kemudian dibawa ke unit Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama barangan kes yang telah dirampas.
Peguam Wan Zawawi Wan Zainuddin, yang mewakili tertuduh, memohon agar mahkamah meringankan hukuman atas alasan anak guamnya tiada rekod jenayah lampau dan masih muda.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud bagaimanapun berkata tertuduh merupakan seorang pengedar dadah dan pil kuda yang dimilikinya sebanyak 1,993 biji mampu menampung keperluan 1,800 penagih.
Ini, katanya, boleh menimbulkan pelbagai jenayah serta gejala tidak sihat dalam masyarakat. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung
Anda sekarang membaca artikel Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/edar-heroin-pil-kuda-penganggur-ke-tali_31.html